Khamis, 10 Februari 2011

Insan


Lupa? Anda pernah lupa? Apa yang menyebabkan anda lupa? Kadang-kadang kita lupa apa yang ingin dibuat walaupun kita sudah merancang. Apabila sudah lupa perkara yang dihajati hilang begitu sahaja.

Hari ini saya lupa lagi. Saya merancang ingin mengambil kasut saya di rumah teman yang jauhnya 3 jam daripada tempat saya. 

Saya benar-benar berhajat untuk mendapatkan kasut itu untuk digunakan semasa bekerja dan tidak payahlah saya membeli kasut yang baru. Tapi malangnya saya hanya ingat apabila sampai di rumah. 

Rasa sakit hati dan nak marah menjelma tetapi saya nak sakit hati kepada siapa dan siapakah yang perlu saya marahi?Oh,geramnya kenapa saya lupa?. Lupa itu lupa ini.

Saya manusia anda juga manusia dan kita dilahirkan penuh dengan sifat lupa. Manusia atau dalam bahasa Arabnya Insan bermaksud 'yang lupa'. Perkataan insan diambil daripada kata dasar "Nasiya" yang bermaksud lupa. 

Jadi saya nasihatkan kepada diri saya sendiri tidak salah lupa sekali sekala kerana kita bukan sempurna asalkan jangan saya lupa pada pencipta.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...