Memaparkan catatan dengan label Ingatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ingatan. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Oktober 2011

22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut dalam Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم




Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.

Berikut merupakan 22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:
 
1- Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2- Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3- Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4- Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5- Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; 
An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6- Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)

7- Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8- Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)

9- Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10- Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11- Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12- Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13- Kuat berpegang pada semangat kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14- Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15-Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16- Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17- Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18- Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)

19- Mengada adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20- Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21- Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22- Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

http://foren-6.blogspot.com/2011/07/22-sifat-buruk-bangsa-yahudi-seperti.html

Khamis, 27 Oktober 2011

How to Hate Zionism?

بسم الله الرحمن الرحيم

How to Hate Zionism for Dummies?:-


1- Solat Berjemaah : 



Sebenarnya memang ada juga yang ditakuti oleh yahudi nie terhadap umat Islam di dunia ini. Apa yang paling ditakuti oleh mereka ini adalah apabila  jumlah jemaah solat subuh kat masjid di seluruh dunia, menyamai jemaah solat jumaat. Mengapa pula yahudi terlalu takut kat orang Islam apabila jemaah solat subuh  menjadi ramai seperti jemaah solat jumaat adalah kerana solat subuh adalah paling sukar dilakukan oleh orang yang munafik...


Selain itu, banyak keistimewaan solat subuh berjemaah nie. Pemimpin yahudi pun tahu apa keistimewaan solat subuh ni. Apabila jumlah jemaah solat subuh pun dah ramai, pastinya perpaduan umat Islam itu nampaknya semakin kuat dan teguh. Perpaduan itulah yang paling ditakuti oleh bangsa yahudi itu sendiri. Apabila keimanan umat Islam semakin teguh dan perpaduan umat Islam diseluruh dunia pun semakin erat, saat itulah yahudi laknatullah ini akan dihancurkan....
(http://arm-kamikaze.blogspot.com/2010/06/apakah-yang-paling-menakutkan-yahudi.html)

2- Jauhi Rokok :



Merokok telah dibuktikan boleh menyebabkan penyakit barah yang boleh membawa maut. Maka jika dilihat kepada firman Allah dalam Surah Al-Baqaroh Ayat 195 yang bermaksud:

 
"..dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan..." adalah haram melibatkan diri kita dengan sesuatu yang boleh membinasakan diri sendiri.


Merokok adalah suatu aktiviti yang jelas mendatangkan pembaziran. Sepertimana hujah diatas, terdapat juga ayat yang menegah umat Islam dari membazir. Engkar kepada perintah Al-Quran hukumnya adalah haram.Kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi. Membeli rokok secara tidak lansung adalah menolong syarikat mereka.Segala kemungkaran wajib ditegah dimana cara menegahnya bergantung kepada iman seseorang. Tegahan boleh dibuat dengan kekuatan, percakapan atau yang paling lemah ialah dengan hati.

(http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15126.20)


3- Jauhi hiburan bukan Islami :



Seorang pemimpin Imprealis berkata :

"Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding seribu laras meriam. Maka, untuk itu, tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik".
 
Di dalam kitab Aqabat az Zawaj, Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menukilkan kata-kata cendekiawan Zionis :


"Kita hendaklah bekerja keras untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Oleh itu, barulah memudahkan penjajahan kita. Sesungguhnya Farwid (Seorang Yahudi) dari kalangan kita, dan dia akan menyebarluaskan hubungan seks di bawah cahaya matahari, supaya menghilangkan apa-apa yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Maka, keinginannya akan meninggi, iaitu keinginan seksnya akan meningkat. Ketika itulah hancurnya akhlak".


Ustaz Abdullah Nasih Ulwan mengulas tentang perkara ini. Maka, daripada kata-kata ini, jelaslah bahawa sesungguhnya Yahudi, Freemasonry, Sosialis, Solibiah, Kristianisasi, dan Imprealis sentiasa berbincang, bersepakat dan bekerjasama untuk merosakkan masyarakat Islam dengan cara menghidangkan arak, seks, teater, majalah, surat khabar, rancangan TV, radio, memasarkan buku-buku, serta menerbitkan filem-filem dan drama-drama. Sesungguhnya mereka telah mencapai matlamat mereka yang buruk lagi jahat.
(http://mejakerusi.wordpress.com/2010/12/09/dakyah-freemason-rancangan-hiburan-realiti-hub-pusat-hiburan/)


4- Boikot produk Yahudi :
 
 
Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang “merempat”. Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit, kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.
 
Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangat dalam demonstrasi- demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, kaedah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. Pokoknya mesti ada tindakan – “actions speaks louder than words.”Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:

“Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.”

Ini rahsia “hati perut” Yahudi yang dibongkar oleh Allah SWT sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.
(http://genta-rasa.com/2009/01/18/boikot-cara-hidup-yahudi/)

to be continued..biizniLLAH..

Selasa, 25 Oktober 2011

Jangan makan vitamin C dengan udang!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambil saya melayari FB tadi saya terjumpa artikel ini. Saya kurang pasti samada ia benar atau tidak tetapi saya harap kita sentiasa berhati dalam memilih makanan. Berikut adalah panduan memilih makanan dan barang keperluan harian kita:

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah.





5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.



Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Selasa, 21 Jun 2011

2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Khamis, 28 April 2011

‎5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya : 

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA 
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya. 

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA 
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan (dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram. 

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA 
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung (maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita. 

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR 
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27) 

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)





Isnin, 18 April 2011

ulamak vs fulamak!

بسم الله الرحمن الرحيم


Persoalan adakah jilbab itu wajib atau tidak..Ikuti jawapan dan penerangan oleh seorang Ulamak Indonesia dalam mengulas pendapat seorang Fulamak (Ulamak Dunia)..


Sabtu, 16 April 2011

Pengebom berani mati..adakah satu jihad?(artikel drp Indo)

بسم الله الرحمن الرحيم
Aksi pengeboman yang terjadi akhir-akhir ini di berbagai belahan dunia terbagi menjadi dua. Pertama, aksi pengeboman yang terjadi di negara non muslim, seperti aksi pengeboman yang pernah terjadi di London dan Madrid. Dan kedua, aksi pengeboman  yang terjadi di negara muslim, seperti yang terjadi di Pakistan, Saudi Arabia, Mesir, Maroko, Indonesia dan lain sebagainya. Kedua jenis aksi pengeboman ini tidak diragukan keharamannya secara syarak dengan beberapa alasan.

1. Pelanggaran terhadap Nash Alqur'an dan Hadist Nabawiy

Bentuk pelanggaran ini dapat dilihat dari beberapa aspek. Pertama, aksi pengeboman itu mengakibatkan terbunuhnya kaum muslimin yang tidak bersalah. Padahal syari'at Islam sangat memuliakan jiwa seorang muslim dan mengancam dengan keras segala bentuk tindakan yang mengakibatkan kematiannya tanpa alasan yang benar. Allah berfirman,


"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya."(An-Nisa' : 93).

Imam Nasa'i meriwayatkan dan Abdullah bin Amr-radhiyallahu 'anhuma-bahwa Nabi saw. bersabda,

"Hilangnya dunia lebih ringan bagi Allah dibandingkan dengan terbunuhnya seorang muslim."

Orang-orang non muslim yang masuk ke wilayah kaum muslimin dengan cara yang sah secara hukum perundang-undangan dan syari'at Islam adalah orang yang mendapatkan jaminan keamanan (al-musta'man) sehingga harus dilindungi baik jiwa, harta maupun kehormatannya. Pemberian jaminan adalah salah satu bentuk akad atau perjanjian yang dibenarkan secara syarak.

2. Bertentangan dengan Tujuan Umum Syari'at (Maqashid Syari'ah)
Syari'at yang mulia menegaskan kewajiban untuk menjaga lima hal yang disepakati oleh semua agama, yaitu agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kelima hal ini dinamakan juga Lima Tujuan Umum Syari'at (Maqashid asy-Syariah al-Khamsah).

Dapat dipastikan bahwa aksi peledakan bom tersebut bertentangan dengan konsepMaqashid Syari'ah ini, terutama konsep perlindungan terhadap jiwa. Apabila orang yang terbunuh adalah pelaku aksi bom bunuh diri yang ingin membunuh dirinya sendiri dan orang lain secara zalim, maka dia masuk dalam sabda Rasulullah saw.,

"Barang siapa yang membunuh dirinya dengan suatu benda di dunia, maka dia akan diazab dengan benda itu di hari Kiamat."(HR. Abu Awanah dalam al-Mustakhraj dari hadis Tsabit bin Dhahhak r.a.).

Jika korban yang terbunuh adalah orang lain yang muslim, maka aksi peledakan bom itu termasuk pembunuhan sengaja yang merupakan dosa besar, tidak ada dosa yang lebih besar darinya setelah dosa kekafiran. Bahkan, para sahabat dan para ulama setelahnya berbeda pendapat mengenai diterimanya atau tidaknya taubat pelaku pembunuhan ini.

Jika korban yang terbunuh itu adalah non muslim, apabila pembunuhan itu terjadi di negeri kita maka korban itu termasuk orang yang mendapatkan jaminan keamanan. Jika pembunuhan tersebut terjadi di negara non muslim yang terbunuh, maka statusnya merupakan penduduk setempat yang dalam keadaan tidak siap siaga dan tidak bersalah. Dalam semua keadaan di atas, seluruh keselamatan jiwa manusia yang menjadi korban pengeboman itu dilindungi dan tidak boleh disakiti.

Aksi pengeboman ini pun bertentangan dengan konsep perlindungan terhadap harta. Karena sudah dipastikan bahwa aksi itu berdampak pada rusaknya harta benda, infrastruktur dan fasilitas umum dan barang pribadi milik orang lain. Oleh karena itu, aksi pengeboman selain merupakan pelanggaran terhadap larangan syari'at, juga merupakan pelanggaran terhadap hak-hak makhluk.

3. Menyebabkan Kerusakan (Nama Islam)
Dampak negatif lain dari tindakan keji dan menyimpang dari ajaran Islam ini adalah semakin genjarnya isu dan tuduhan tidak benar yang diarahkan para musuh Islam terhadap agama ini. Dengan isu itu mereka ingin merusak wajah Islam dengan menyebutnya sebagai agama kejam dan sadis yang hanya ingin menguasai seluruh bangsa di dunia dan menebar kerusakan di muka bumi. Semua efek negatif ini tentu saja bertentangan dengan nilai-nilai agama Allah.

Selain itu, aksi pengeboman itu juga menyebabkan kaum muslimin di beberapa negara asing mendapatkan gangguan, tekanan dan berbagai kesulitan dari pihak-pihak yang fanatik. Sehingga jiwa, harta benda, kehormatan dan keluarga mereka dilecehkan dan disakiti. Sehingga terkadang sebagian mereka terpaksa menyembunyikan identitas agamanya atau tidak melakukan beberapa ritual demi menghindari gangguan-gangguan itu.

Adapun apa yang dinyatakan oleh para pengacau yang tertipu itu bahwa semua aksi mereka masuk dalam jihad dan penghancuran kekuatan musuh, bahkan ada sebagian yang menamakannya sebagai tindakan menyerang musuh, maka hal itu adalah pemahaman yang keliru.

Jihad yang dilegalkan oleh Islam adalah jihad yang berada di bawah panji dan izin penguasa, karena jika tidak demikian maka akan terjadi kekacauan dan pertumpahan darah tanpa sebab yang benar dengan alasan pelaksanaan jihad.

Wallahu subhanau wata'ala a'lam

Referensi Dar-Alifta



sumber : 

Sabtu, 9 April 2011

Kerana Tembikai

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Rabu, 6 April 2011

Tanda-tanda hampirnya Qiamat

بسم الله الرحمن الرحيم



1. Penaklukan Baitulmuqaddis...Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim

~ dah nampak dah..

3. Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita” - Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

4. Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

10. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..

11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…

12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” - Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..

13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

credit : http://rubbertapperz.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...