Rabu, 23 Januari 2013

Taubat

بسم الله الرحمن الرحيم
 ..::Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang::..


“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).


Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa baik dosa yang kecil mahupun dosa yang besar.

Mengapa kita melakukan dosa? 
Jawapannya mudah kita adalah manusia yang serba lemah dan segala amalan kita banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti nafsu, bisikan syaitan, persekitaran dan sebagainya. 

Adakah manusia sedar bahawa dirinya terjebak ke kancah dosa.?
Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak. Manusia yang tidak beriman dan manusia yang tidak mempercayai tentang wujudnya tuhan  akan melakukan  segala perbuatan asalkan perbuatan tersebut  tidak salah di sisi undang-undang dunia sedangkan manusia yang beriman kepada Allah akan dapat mengenalpasti samada dirinya terjerumus atau tidak ke kancah dosa.

 Adakah Allah Ta'ala akan membenci hambaNya yang berdosa? 
Allah Ta'ala ialah Al-Khaliq iaitu Yang Maha Mencipta. Secara logiknya Sang Pencipta akan lebih mengetahui akan hasil ciptaannya lebih-lebih lagi Allah Ta'ala. Allah Maha Mengetahui akan kelemahan dan kekurangan hambaNya demikian Dia telah menyediakan semua perkara yang mana boleh membantu kita mengatasi kelemahan tersebut. Dia telah menyediakan Taubat bagi hambaNya yang berdosa. Allah Ta'ala tidak menghadkan masa yang tertentu untuk kita bertaubat padaNya. Kita bebas bertaubat pada bila-bila masa sahaja tetapi sebaik-baiknya kita perlulah beradab apabila memohon keampuanan daripada Allah Ta'ala...(to be continued)








Ahad, 8 Januari 2012

Aku dan Aurora :)

بسم الله الرحمن الرحيم
..::Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang::..

Saya masih teringat sewaktu saya berada di sekolah rendah dahulu saya pernah terbaca sebuah karangan yang bertajuk aurora borealis. Mula-mula saya fikirkan aurora borealis tu nama seseorang tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Namun saya masih lagi tidak mengerti apa itu aurora borealis. Saya katakan pada diri saya “alah tak kisahlah..bukannya penting pun” .


Selang beberapa ketika saya bertemu lagi dengan aurora tapi saya sudah lupa di mana dan bila. Mungkin di Maahad dahulu. Tiba-tiba hati saya berbisik “kali ni aku kena cari apa itu aurora .Malu muka kalau di tanya tak dapat jawab. Dan sisi gelapku menambah “kena cari makna ni .Baru orang tahu kau tu up to date dan boleh kau menunjuk-nunjuk yang kau pandai.


Cari punya cari. Siasat punya siasat akhirnya saya berjaya juga menjejaki sang aurora. Rupa-rupanya aurora sangat jauh dengan saya dan saya percaya orang tua saya juga hatta moyang-moyang saya pun tidak pernah bertemu dengan si aurora. Kenapa aurora? Kau jauh sangat daripada diriku. Sombong betul ya kau aurora hanya tinggal di sebelah sana. Kenapa tidak sekali sekala kau datang menjengah aku di asia tenggara ini.


Aurora..

Jangan kau bersedih. Aku tak marah kalau kau terus tinggal di sana. Kau adalah ciptaan yang menakjubkan sang pencipta untuk membuktikan keagunganNya bagi setiap makhluk yang alpa seperti aku. Dan diriku yang kerdil ini berharap suatu hari nanti akanku berpeluang pergi kepadamu memandangkan mustahil bagimu untuk datang kepadaku. 

Terimalah takdirmu aurora sebagaimana aku menerima taqdirku .Andai sudah sampai izinNya akan ku terbang ke sana menatapmu aurora dan aku pinta sambutlah kehadiranku ini.


Aurora adalah fenomena pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh matahari (angin matahari).


Di bumi, aurora terjadi di daerah di sekitar kutub Utara dan kutub Selatan magnetiknya. Aurora yang terjadi di daerah sebelah Utara dikenal dengan nama Aurora Borealis, yang dinamai bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Yunani untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah, aurora sering terlihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di sebelah Selatan yang dikenal dengan Aurora Australis mempunyai sifat-sifat yang serupa.Tapi kadang-kadang aurora muncul di puncak gunung di iklim tropis. (Wikipedia).




 




Sabtu, 7 Januari 2012

Damba Cinta MU - Raihan

بسم الله الرحمن الرحيم 
..::Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang::..





 Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

Isnin, 26 Disember 2011

Sweet ker??

بسم الله الرحمن الرحيم


sambil meronda dalam fb td terjumpa satu kata2 menarik yang dipostkan oleh seorang teman..walaupun agak ringkas tp mmg memberi impak yang cukup bermakna kpd diri saya..:)

CALON SUAMI ???
Tak minta yg SOLEH ,sebab aku pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab aku lg jauh utk bergelar USTAZAH...
Nak minta yg KAYA, aku pun TAK KAYA,
Nak minta yg HENSEM, aku tak la CANTIK, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, aku hanya seorg HAMBA...
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya sebagai ISTERI...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga sebaik bahtera dilayar dan masjid dibina..
adakah kata2 ini boleh saya labelkan sbg "sweet"?ya..mungkin sweet..:)..kdg2 saya benci perkataan itu yang saya anggap bunyinya agak mengada ataupun gedik..:)..ttp yalah..jiwa org masing2..mana nak sama dengan jiwa kita..u_u
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...