Memaparkan catatan dengan label Luahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan. Papar semua catatan

Isnin, 26 Disember 2011

Sweet ker??

بسم الله الرحمن الرحيم


sambil meronda dalam fb td terjumpa satu kata2 menarik yang dipostkan oleh seorang teman..walaupun agak ringkas tp mmg memberi impak yang cukup bermakna kpd diri saya..:)

CALON SUAMI ???
Tak minta yg SOLEH ,sebab aku pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab aku lg jauh utk bergelar USTAZAH...
Nak minta yg KAYA, aku pun TAK KAYA,
Nak minta yg HENSEM, aku tak la CANTIK, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, aku hanya seorg HAMBA...
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya sebagai ISTERI...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga sebaik bahtera dilayar dan masjid dibina..
adakah kata2 ini boleh saya labelkan sbg "sweet"?ya..mungkin sweet..:)..kdg2 saya benci perkataan itu yang saya anggap bunyinya agak mengada ataupun gedik..:)..ttp yalah..jiwa org masing2..mana nak sama dengan jiwa kita..u_u
 

 

Sabtu, 24 Disember 2011

Aku menulis kerana DIA bukan kerananya..

بسم الله الرحمن الرحيم

diri ini bukanlah seorang tokoh yang mampu memintal benang2 kalimat menjadi tali2 ayat yang puitis
tetapi diri ini adalah insan yang selalu mendambakan agar tali2  itu mampu menjadi pengikat kepada hati-hati yang  sentiasa ingin bermuhasabah dan mengkoreksi diri..


alhamduliLLAH..

sekali lagi saya diberi kesempatan dan peluang untuk berkongsi idea dan pandangan dengan para pembaca..


saya percaya ramai di kalangan kita  mempunyai akaun fb..
mungkin satu atau lebih drp itu..
dan saya ialah salah seorang drp pemilik akaun fb...
dulu saya aktif dalam mengupdate status wall saya...
ttp sekarang saya memilih utk menjadi seorang yang pasif..
saya lebih suka membaca apa2 yang dipostkan...(sambil senyum dan mencebik keseorangan)
sikap hipokrit manusia di fb buat saya cemuh dengan laman sosial itu...
lama kelamaan saya dapat rasakan perasaan suu ul dzon sudah menebal dalam jiwa saya..nauzubiLLAH..

alhamduliLLAH....ramai di antara rakan2 di fb saya terdiri drp wanita  berpurdah dan bertudung labuh... banyak ilmu2 agama yang mereka kongsikan untuk pengisian rohani saya..

saya amat memandang tinggi dan kagum dengan wanita berpurdah..
betapa solehahnya mereka kalau nak dibandingkan dengan saya..yang serba kekurangan ini...
berpurdah bagi saya masih relevan hatta hari pengakhiran pun...

tetapi yang menjadi isu dan persoalan dalam diri saya adalah sikap segelintir mereka yang berpurdah dan bertudung labuh..
terlebih dahulu saya memohon jutaan kemaafan kepada mereka yang berkaitan..
bukan niat di hati ingin menjatuhkan apatah lagi meremehkan kalian..
kalian adalah idaman setiap muslimin...
ketinggian ilmu dan keindahan akhlak adalah milik kalian...
yang mana bukan semua wanita mempunyai anugerah dan nikmat itu..
ketahuilah akhawat..diri ini menegur kerana sayang..

saya ingin bertanya beberapa persoalan:

pertama : di dalam fb saya perhatikan ada di kalangan mereka yang berpurdah sengaja meletakkan gambar mereka sbg picture profile..apakah rasional di sebalik tindakan itu? sbgmana yang saya ketahui tujuan seseorang berpurdah adalah untuk mengelakkan diri drp menjadi tarikan lelaki..ketahuilah antunna semua ibarat madu yang berharga yang menjadi dambaan setiap kumbang..adakah antunna ingin mengumpan kumbang2 tersebut dengan lirikan mata kalian yang menggoda itu...? tidak pernahkah kalian mengambil iktibar drp kisah Zinnirah??

kedua : pernah saya dapati di fb seorang akhawat yang bertudung labuh yang meletakkan gambarnya sedang duduk dengan ayu di atas kerusi..dan bayangkan majoriti yang mengomen gambar tersebut  adalah lelaki??!!AstagfiruLLAH..dan ada pula yang mempunyai idea yang "bernas" dengan mengambil gambar  belakang dan kaki masing2...pening2..adakah ini sebahagian drp dakwah kalian??

maaf sekali lagi kalau teguran saya berikan agak keterlauan dan kurang matang...saya cuma tertanya-tanya..adakah ini definisi muslimat solehah pada masa sekarang??..mungkin anda menggunakan alasan tersebut sbg dakwah..dan kalau betul seperti yang diniatkan syukurlah...semoga Allah memberi pencerahan kepada saya untuk lebih memahami diri kalian..

akhir sekali apa yang saya ingin sampaikan adalah teguhkanlah niat kalian membela Islam demi Allah dan bukan selainNYA..dan saya berharap apa yang  saya sampaikan ini adalah untuk mendapat redhaNYA dan semoga DIA memberi hidayah dan pengampunan kepada dosa2 saya..Ameen..








Rabu, 2 November 2011

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam

بسم الله الرحمن الرحيم
KONGSIKAN!


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu




Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…
http://diarihati.com/blog/2011/10/25/cukuplah-aku-mencintai-dalam-diam/

Ahad, 17 April 2011

Andai lelaki tahu

بسم الله الرحمن الرحيم



Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia
mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan
tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan
wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang
boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu
lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia
hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih
ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup
anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.






Khamis, 10 Februari 2011

Insan


Lupa? Anda pernah lupa? Apa yang menyebabkan anda lupa? Kadang-kadang kita lupa apa yang ingin dibuat walaupun kita sudah merancang. Apabila sudah lupa perkara yang dihajati hilang begitu sahaja.

Hari ini saya lupa lagi. Saya merancang ingin mengambil kasut saya di rumah teman yang jauhnya 3 jam daripada tempat saya. 

Saya benar-benar berhajat untuk mendapatkan kasut itu untuk digunakan semasa bekerja dan tidak payahlah saya membeli kasut yang baru. Tapi malangnya saya hanya ingat apabila sampai di rumah. 

Rasa sakit hati dan nak marah menjelma tetapi saya nak sakit hati kepada siapa dan siapakah yang perlu saya marahi?Oh,geramnya kenapa saya lupa?. Lupa itu lupa ini.

Saya manusia anda juga manusia dan kita dilahirkan penuh dengan sifat lupa. Manusia atau dalam bahasa Arabnya Insan bermaksud 'yang lupa'. Perkataan insan diambil daripada kata dasar "Nasiya" yang bermaksud lupa. 

Jadi saya nasihatkan kepada diri saya sendiri tidak salah lupa sekali sekala kerana kita bukan sempurna asalkan jangan saya lupa pada pencipta.






Syukur

Setelah beberapa hari mencipta blog ini saya menjadi buntu tentang apa yang yang ingin dipadatkan. Saya pernah terfikir baik saya 'copy' and 'paste' sahaja daripada orang lain. Tapi bila difikirkan balik itu adalah alamat orang yang malas dan tidak ada kreativiti. 

Saya akui saya bukanlah manusia yang mempunyai kreativiti yang tinggi seperti sesetengah manusia lain. Saya hanyalah manusia biasa yang dianugerahkan Allah kepandaian membaca ,menulis dan menaip. Namun saya tetap bersyukur akan kurniaan Allah ini seperti mana firman Allah yang bermaksud "bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu kufur".

Sesiapa pun tidak akan tahu nasib dan taqdir yang bakal berlaku kepada dirinya melainkan Allah Ta'ala. InsyaAllah kalau kita bersyukur nikmat yang sedia ada akan dilipatgandakan oleh Allah S.W.T. Begitu juga halnya dengan rezeki dan harta yang sedikit. Tapi sebagai orang Islam kita juga dituntut agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.


Ahad, 6 Februari 2011

AlhamduliLLAH

Syukur pada Allah Tuhan sekalian alam. Hari ni saya sudah mencipta satu blog..sudah sekian lama saya bercita-cita ingin mempunyai blog sendiri dan akhirnya Allah memberi keizinannya jua.. InsyaAllah isi kandungannya akan memberi manfaat kepada semua..Wallahu'alam..:)


cr : Maher Zain
Awakening Records
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...