Ahad, 27 Februari 2011

Ada apa dengan Bob Lokman?

Umum mengenali insan yang bernama Bob Lokman ini sebagai seorang pelawak dan pelakon yang hebat. Namanya juga meniti di bibir ramai sebagai pencipta lagu popular sepanjang zaman iaitu Isabella (nyanyian kumpulan Search). Bob juga baru sahaja melepaskan tugasnya sebagai pengkritik rancangan hiburan Raja Lawak. Cara beliau melepaskan tugas tersebut telah mengundang kejutan apabila mengumumkan penarikannya secara 'live' sehingga menyebabkan pengacara rancangan tersebut terpingga-pingga.Dengan memakai serban dan jubah dan bersaksikan jutaan peminat Raja Lawak Bob Lokman sah meletak jawatan yang dipegangnya selama beberapa musim.



Tidak cukup dengan itu beliau sekali lagi menghangatkan dada-dada akhbar tempatan dengan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Tindakan tersebut telah mengundang buah mulut masyarakat Malaysia khususnya daripada pemerhati politik. Orang ramai telah meluahkan pandangan mereka mengenai perubahan Bob ini di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Ada yang menyambut baik "penghijrahan" beliau ini dan tidak kurang juga yang mencemuh.




Saya melihat perubahan beliau dari sudut positif dan saya mendoakan agar beliau kekal dengan imej yang sebegini. Saya juga mengajak mereka-mereka yang melemparkan kata nista kepada beliau agar banyak beristighfar dan menginsafi akan perbuatan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...