Ahad, 3 April 2011

Freemason-Main Agenda (Sambungan)

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada posting yang lepas saya telah menyatakan bahawa orang-orang Yahudi percaya bahawa lokasi Solomon Temple adalah di mana Masjid Al-Aqsa sedang berdiri sekarang. Namun begitu ada tafsir lain yang menjelaskan bahawa Solomon Temple itu bukan sahaja tapak pada Masjid Al-Aqsa bahkan meliputi wilayah kekuasaan yang luas terbentang sehingga ke wilayah Khaibar.

*Khaibar : Tempat semasa orang-orang Yahudi Madinah diusir kerana mereka (Yahudi) mengkhianati Piagam Madinah.


Khaibar
Dan untuk itulah mereka bekerja dan berusaha, iaitu untuk merebut Solomon Temple dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk meluaskan kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama lain, terutama agama Samawi iaitu Kristian dan Islam.


Tentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Tentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah rencana bertajuk The Earlier Period Of Freemasonry (Mimar Sinan, Turki) Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para ahli Mason yang mencari kebenaran di luar gereja


Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak awal penubuhan, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama yang terjadi kebelakangan ini di pelbagai negara yang menjalankan liberalisasi keagamaan.


Ulasan : Freemason bukan sahaja menjadi ancaman kepada Islam bahkan sejak di awal kemunculannya ia telah ditentang hebat oleh pihak Gereja Katholik disebabkan ajarannya yang bersifat anti-agama dan menyokong kebebasan beragama. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa negara-negara yang mengamalkan liberalisasi dalam beragama mempunyai kaitan yang amat rapat dengan ajaran Freemason.Allahu'alam..

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...