Ahad, 3 April 2011

Sifat Malu Rasulullah S.A.W mengatasi si Sunti

بسم الله الرحمن الرحيم
Ibnu Umar (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W disebabkan sifatnya terlampau malu tidak memandang seseorang itu dengan tepat pada wajahnya yakni Baginda S.A.W tidak merenung tepat ke arahnya.

Abu Sa'id Khudri (r.a) meriwayatkan bahawa :

"Sifat malu dan silu Rasulullah S.A.W mengatasi sifat seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah, "Jika Baginda S.A.W tidak menyukai sesuatu kami dapat mengenalinya melalui wajahnya : disebabkan sifat pemalunya yang bersangatan, Baginda S.A.W tidak suka menyatakan sesuatu yang Baginda S.A.W tidak suka".

Ulama telah menyatakan dua maksud daripada kenyataan "Seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah," sebagai berikut:

Pertama : Sebahagian Ulama berkata bahawa ini dimaksudkan bahawa gadis sunti yang berpurdah biasanya mempunyai perasaan malu lebih daripada seorang gadis yang berpeleseran ke sana ke sini tanpa berpurdah walaupun setiap anak dara sunti lebih atau kurang mempunyai sifat malu. Dengan sebab inilah Syariat mensyaratkan bahawa hanya cukup seorang gadis menyatakan diamnya sebagai persetujuan nikah.

Kedua : Anak gadis yang diasuh dengan purdah dan telah berpurdah lebih dahulu daripada yang lain akan menjadi lebih malu daripada gadis-gadis lain yang keluar tanpa berpurdah. 

'Aisyah (r.anha) meriwayatkan bahawa :

"Justeru sifat pemalu Rasulullah S.A.W yang teramat sangat, beliau(r.anha) tidak berani melihat atau pernah melihat bahagian sulit Baginda S.A.W".

Ibnu 'Abbas (r.a) menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W akan melindungi diri baginda di belakang bilik untuk mandi supaya seorang tidak dapat melihat tubuh badannya.

Sifat pemalu Baginda S.A.W  mengatasi Si Sunti Berpurdah


Insan Teladan Sepanjang Zaman
Mufti Ahmed Ebrahim Bemat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...