Sabtu, 9 April 2011

Hati-hati dengan telur tiruan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak tersebarnya berita mengenai telur tiruan rasa macam semacam jer bila nak makan telur. Yang pelik bin ajaibnya isu telur tiruan ini sudah lapuk di negara lain seperti di Indonesia. Mungkin telur ini baru sampai di Malaysia. Demi wang manusia sanggup buat apa saja walaupun membahayakan orang lain.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Dasyat betul manusia sekarang..Apapun..jom layan 2 video ni :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...