Rabu, 23 Mac 2011

SPM :Sijil Padang Mahsyar

بسم الله الرحمن الرحيم

harini result spm keluar..asalnya nak tengok news ttg spm kat tv3 suku..alih-alih terasa mual pulak apabila dijolok dengan news2 fitnah dan berat sebelah..aduhai tv3 dah berapa tan dah dosa yang korang tanggung..tapi dalam mual2 tu sempat jugaklah tengok beberapa pelajar yang berjaya..sejuta tahniah diucapkan atas kejayaan kalian..

bagi yang berusaha bersungguh-sungguh tapi tidak berjaya..harap2 korang sabar banyak2..saya tak halang korang bersedih dan menangis..bersedihlah..menangislah sepuasnya-puasnya..tapi jangan ambil masa yang lama untuk menangisinya..bangkitlah segera..kerana kesedihan anda itu dikongsi bersama orang yang tersayang..ingatlah mereka...

oklah..saya nak cerita tentang spm yang satu lagi ni..yang belum tentu semua orang  akan dapat straight A kecuali golongan-golongan tertentu..bak kata ustaz akhil hayy..(masa dia belum femes cam skrg)..mak bapak harini lebih pentingkan sijil pelajaran malaysia sampai mereka lupa tentang spm yang satu lagi..iaitu sijil padang mahsyar..

apa yang perlu ada untuk lulus cemerlang dalam sijil padang mahsyar ini..sebenarnya tak jauh beza je dengan sijil pelajaran malaysia..kalau murid yang cemerlang spm mengatakan mereka sanggup berjaga malam untuk study..begitu jugaklah untuk berjaya dengan cemerlang dalam sijil padang mahsyar...tp kelebihannya siapa yang bangun malam kerana Allah akan tenang jiwanya berbanding dengan mereka yang bangun dan berniat semata-mata untuk dunia..

untuk lulus cemerlang dalam sijil padang mahsyar anda perlulah membawa bekalan amalan yang secukupnya..seolah-olah anda masuk di dalam peperiksaan yang mengerunkan dan mendebarkan hati..pada masa tu jugaklah anda akan sedar dan teringat apa yang telah anda lakukan untuk menempuh hari besar ini..sejahteralah kepada  mereka yang mempunyai bekalan amalan yang baik dan celakalah pada mereka yang mengingkari hari besar tersebut..

kita sudah melalui dua alam sebelum kita sampai ke dunia ini iaitu alam roh dan alam rahim..semasa berada di alam roh kita sudah menyatakan taat setia kita pada Allah swt..tetapi mana semua janji itu apabila sampai ke alam dunia..bersedialah dan bekerjalah untuk dua alam yang mendatang..jangan jadi insan yang merugi..wallahu'alam...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...