Ahad, 20 Mac 2011

Bukti kenabian Rasulullah (s.a.w) menurut Salman al-Farisi

Buraidah (r.a) meriwayatkan bahawa : 

"Apabila Rasulullah (s.a.w) berhijrah ke Madinah, maka datanglah Salman al-Farisi (r.a) kepada Rasulullah (s.a.w) dengan membawa sedulang penuh tamar-tamar yang masih segar dan memberikannya kepada baginda. Baginda bertanya : "Apa ini?" Salman (r.a) menjawab: "Inilah sedekah untuk Tuan dan sahabat-sahabat Tuan". Baginda memberitahu: "Kami tidak memakan sedekah".

Pada hari kedua Salman (r.a) membawa lagi sedulang penuh tamar dan berkata " Tamar-tamar ini adalah hadiah". Maka barulah Rasulullah (s.a.w) makan beserta sahabat-sahabatnya. 

Kemudian Salman (r.a) terlihat cap mohor kenabian dan terus memeluk islam...ilaakhir..

Daripada hadith di atas dapat disimpulkan bahawa tanda-tanda kenabian Rasulullah (s.a.w) yang ditemui oleh Salman al-Farisi ada tiga :-

Pertama : Rasulullah (s.a.w) tidak menerima sedekah
Kedua   : Rasulullah (s.a.w) menerima hadiah
Ketiga   : Rasulullah(s.a.w) mempunyai cap mohor kenabian.

*Cap Mohor Kenabian (Khatamun Nubuwwah) yang ada pada Rasulullah (s.a.w) terletak di antara kedua bahu baginda berdasarkan hadith:

"Apabila Ali menceritakan mengenai diri Rasulullah (s.a.w), maka beliau akan menceritakannya dengan panjang lebar. Beliau berkata : " Di antara kedua bahunya terdapat cap mohor kenabian iaitu cap mohor sekalian nabi".




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...