Rabu, 23 Mac 2011

Freemason-Main Agenda

Main Agenda atau tujuan utama gerakan ini ialah untuk mendirikan Haikal Sulaiman atau lebih di kenali sebagai Solomon Temple. Memang sudah diketahui bahawa membangun Solomon Temple adalah cita-cita khayalan Yahudi sejak dahulu lagi.


Imej bayangan Solomon Temple
Terdapat beberapa pendapat yang bercanggah mengenai Solomon Temple dan pendapat yang paling popular adalah tapak Solomon Temple ialah tempat di mana Masjidil Aqsa berada sekarang.

Masjid Al-Aqsa, Palestin
Orang Yahudi percaya bahawa pada tahun 1012 Sebelum Masihi Nabi Sulaiman (A.S) telah membangunkan Haikal di atas gunung Soraya di Palestin. Namun pada tahun 586 Sebelum Masihi Raja dari Babylon yang bernama Nebukhadnezar telah menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Walaubagaimanapun pada tahun 533 Sebelum Masihi ia dibangunkan semula oleh seseorang yang bernama Zulbabil yang merupakan bekas tawanan Babylon.

Nebukhadnezar
Kemusnahan terhadap Haikal Sulaiman berlaku lagi oleh Rom dan Bangsa Hadriyan. Dan dikatakan juga apabila orang-orang Islam menguasai Palestin mereka bertindak meruntuhkan Haikal Sulaiman dan mendirikan Masjid Al-Aqsa sebagai ganti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...