Sabtu, 29 Oktober 2011

Info sebenar tentang Gaddafi

بسم الله الرحمن الرحيم


Artikel lain mengenai Qadaffi..
Apapun biarlah Allah yang menilainya..



Diambil drp : http://pemudaillahi.blogspot.com/2011/10/info-sebenar-tentang-gaddafi.html 

Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kesilapan artikel yg sebelum ini berkenaan gaddafi. Rupa-rupanya setelah menyelidik byk sumber saya dapati kejahatan gaddafi lagi banyak daripada kebaikan yang dilakukannya.

Apabila saya search google terdapat banyak web tentang kebaikan yang dilakukan oleh gaddafi yang tersenarai tapi adakah benar info tersebut?

Ini antaranya kebaikan Gaddafi yang digembar-gemburkan adalah:
1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.
2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi setiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudah pun meninggal dunia tanpa memiliki rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.3. Bank Libya tak pernah mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga. 
4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
5. Rakyat tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan elektrik.
6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.
7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.
8. Pasangan pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentifperkahwinan.
9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
10. Sistem pengairan dan saliran hebat yang dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung pada sumber asing.
11. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.
13. Kadar celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.


Kebanyakannya adalah datang dari sumber yang tidak tepat. Kenapa saya mengatakan begitu? Ini kerana sekiranya Gaddafi telah melaksanakan semua itu tetapi kenapa pemberontakan masih berlaku? Cuba kita sendiri renung-renungkan.


Rakyatnya bangkit memberontak kerana tidak puas hati terhadap pemerintahan diktatornya. Contohnya pembaca boleh melihat video di bawah utk melihat kezaliman terhadap rakyatnya.





Apabila melihat video di atas apa yang boleh anda bayangkan?
Adakah saudara masih menganggapnya hero?
Untuk pengetahuan saudara semuslim yang masih belum yakin, kita imbas kembali apa yang telah dilakukannya terhadap Islam semasa pemerintahannya:


1. Pertama sekali semasa beliau berkuasa apa yg beliau lakukan adalah menutup Universiti Islamik Libya di bandar Al-Bayd. Kononnya bertujuan untuk kebangkitan pengganas.
2. Beliau mendakwa dirinya adalah utusan Tuhan.
3. Semasa ditemuramah oleh wartawan Itali beliau memberitahu buku hijau adalah kalam Tuhan.
4. Beliau selalu bergurau sekiranya dan berkata : Sekiranya aku nak rehat aku akan pergi ke jahanam (hahaha)
5. Beliau juga memberitahu bahawa hijab adalah tradisi kuno.
6. Beliau juga telah memusnahkan beberapa masjid di Libya
7. Sapa kata semasa pemerintahannya tidak ada riba? Kalau tidak percaya boleh rujuk website ini untuk lebih detail Central Bank Libya.
8. Boleh rujuk website ini untuk mengetahui lebih banyak lagi kejahatannya gaddafis blasphemy


Kesimpulannya apa yang saya boleh katakan Gaddafi memang wajar dibunuh sebab Yusuf Qardhawi sendiri telah memfatwakan wajib dibunuh Gaddafi dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang. Syeikh al-Qaradawi berkata :

وقال القرضاوي : أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه. وأضاف لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد

Maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"
Rujuk link ni Fatwa Yusuf qardhawi 


Penulis ingin memohon maaf sekiranya ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Segala yg benar adalah datangnya daripada Allah semata-mata dan segala yang salah dan silap adalah datangnya daripada diri penulis ini sendiri. Wallahuallam.


Sumber :  1.youtube.com
                  2. Central Bank Libya
                  3. kabobfest
                  4. undi.me
                  5. kakiinfo

1 ulasan:

  1. eh..bt0l ke inf0 ni??akak dpt dr sumber mne??b0le percaye ke sumber 2??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...