Ahad, 23 Oktober 2011

I'm back ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt...
Rasanya dah lama tak update blog..
Malas? Mungkin...
Tiada peransang aka motivator? Mungkin..
Give up? Mungkin..
Takde masa? Jangan Mengarut!
Haha..

Disebabkan sayu melihat blog kesayangan sudah lama tak update jadi gagahkan diri jugak untuk menulis sesuatu...
Antaranya I miss him..haha gurau jer..

Ada banyak isu-isu hangat sekarang..
Minggu ni sahaja kita heboh mengenai berita:
- isu kelar baby oleh remaja 16 tahun..
- isu budak perempuan dr negara China yang dilanggar lari dan tidak dihiraukan org ramai.
- isu kematian bekas presiden Libya iaitu Muamar Gadafi
- isu banjir buruk di Thailand dan
- isu HIMPUN
(klik huruf besar bewarna untuk ke sumber)

Yang menarik perhatian saya hari ini ialah isu Illuminati dan Freemason..
Sebenarnya serius saya masih tidak faham... Adakah Freemason ini bersangkut paut dengan Yahudi sahaja atau lebih daripada itu..

Video-video di youtube banyak mempertontonkan bahawa selebriti-selebriti ternama dunia seperti Michael Jackson, Princess Diana, Amy Winehouse, John Lennon( The Beatles) dan Malcolm X mati dibunuh kerana mereka enggan bekerjasama atau mengancam kepentingan pihak-pihak illuminati ini. 





Sementara itu penyanyi terkenal seperti Lady Gaga dan Rihanna pula dipercayai menjadi agen-agen terkuat illuminati untuk menakluk pemikiran manusia.




Serius apabila memikirkan hal ini banyak persoalan timbul di kepala ..Orang kata masyarakat terlampau taksub dan takutkan illuminati padahal ianya adalah perkara yang tidak jelas dan masih samar-samar. Tetapi saya tertanya-tanya  bagaimana org yang melaporkan tentang illuminati ini mendapat maklumat dan berita? Ahhhh...pening..

Tetapi sekiranya ia benar..perkara ini memang menakutkan...Ini adalah penaklukan pemikiran dan jiwa manusia tanpa disedari..

Saya harap pembaca boleh share pendapat, soalan, maklumat atau apa sahaja..Saya tidak mahu terus menerus dibelenggu persoalan..WaLLAHU'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...