Selasa, 25 Oktober 2011

Benarkah Muammar Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam??

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika anda berpendapat sedemikian rupa anda sudah tertipu dengan media barat yang memutar belit isu sebenar sama jugak yang terjadi pada IRAQ dan Afghanistan..LIBYA negara ke tiga yang di inginkan oleh pemimpin barat kerana minyak dan ekonomi LIBYA yang kukuh, jika anda menggangap GAddafi kejam...rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal (US dan Israil). Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Moamer Gaddafi.

Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Alfatihah sekali lagi untuk Moamer Gaddafi.

Semoga kita di Malaysia dijauhkan dari fitnah-fitnah yang sebegini rupa.

Ulasan :Artikel ini saya ambil drp FB. Semenjak kematian Gaddafi timbul banyak persoalan dalam masyarakat islam. Ada yang berpendapat Gaddafi adalah tokoh Islam yang lantang menentang kuasa barat dan Israel dan ada pula berpendapat beliau seumpama Hosni Mubarak.



Video ini mendakwa Gaddafi difitnah oleh barat kerana beliau bertindak ingin menukarkan minyak Libya kepada emas memandangkan harga emas kukuh di pasaran dan us dollar semakin hari semakin lesu. Amerika dan barat menganggap Gaddafi sebagai ancaman terhadap ekonomi mereka.


Video ini pula memaparkan Presiden Putin menyuarakan bantahan serangan Nato kepada Libya iaitu tentera Gaddafi.



Kesimpulannya: Kita sudah maklum bahawa dunia sekarang adalah dunia akhir zaman. Tetapkan diri kita dengan ajaran Islam walaupun dugaan datang bertubi-tubi. Jangan sesekali menghina ajaran Islam dan bersatulah sesama Islam dan janganlah membenci sesama Islam. Sekiranya mereka (saudara seislam)melakukan  kesilapan maka kita wajib sama-sama betulkan dan doakan. Jangan berasa sombong dan takbur dengan ilmu atau harta yang kita ada bahkan kongsilah nikmat Allah itu. 

Hal Gaddafi biarlah Allah sahaja yang menilainya dan kita tidak perlulah kita pening-pening kepala memikirkan samada beliau baik atau tidak baik. Sebagai seorang islam tugas kita adalah mendoakan kesejahteraan umat islam hidup atau mati..Akhir kata jangan sesekali kita melepaskan tali keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah dan peganglah ia erat-erat dalam meniti detik-detik akhir zaman ini..Allahu'alam..

7 ulasan:

  1. salam wbr. minta izin copy, info yg sngt baik.
    ada juga article yg mngatakan gaddafi sebaliknya, sjauh mana kebenarannya msih blum dketahui. siasat sama2. wallahualam :)

    BalasPadam
  2. syafi : sebenarnya artikel ini bukan kepunyaan saya. saya share dr fb.saya pun kurang arif ttg kebenaran artikel ini.saya edit artikel ini dan bahagian ulasan tu adalah pendapat saya sendiri.

    BalasPadam
  3. saya baru tau pasal benda ni. tapi kesahihan dia masih dalam eksperimen. huhu! selama ni saya tertipu dengan us n israel la. MasyaALLAH.

    BalasPadam
  4. Syafiq : kita memang sudah lama di tipu oleh media.manakan tidak media malaysia sendiri pun banyak bergantung harap dengan media zionis laknatuLLAHI 'alaihim.pemikiran kita sendiri pun sudah diset oleh penjajah ini.apa yang kita kena buat sekarang berfikirlah secara islam dan tolaklah semua propaganda drp barat..timbanglah dengan neraca iman dan jadikanlah alquran dan hadith sebagai panduan diri..Allahu.'alam

    BalasPadam
  5. Badar S.M.K.A.Y : alhamduliLLAH..syukran :)

    BalasPadam
  6. Anak aku aku da bg nama muammar al gaddafi..pengganti kpd gaddafi y sdh prgi...amin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...