Rabu, 23 Januari 2013

Taubat

بسم الله الرحمن الرحيم
 ..::Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang::..


“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).


Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa baik dosa yang kecil mahupun dosa yang besar.

Mengapa kita melakukan dosa? 
Jawapannya mudah kita adalah manusia yang serba lemah dan segala amalan kita banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti nafsu, bisikan syaitan, persekitaran dan sebagainya. 

Adakah manusia sedar bahawa dirinya terjebak ke kancah dosa.?
Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak. Manusia yang tidak beriman dan manusia yang tidak mempercayai tentang wujudnya tuhan  akan melakukan  segala perbuatan asalkan perbuatan tersebut  tidak salah di sisi undang-undang dunia sedangkan manusia yang beriman kepada Allah akan dapat mengenalpasti samada dirinya terjerumus atau tidak ke kancah dosa.

 Adakah Allah Ta'ala akan membenci hambaNya yang berdosa? 
Allah Ta'ala ialah Al-Khaliq iaitu Yang Maha Mencipta. Secara logiknya Sang Pencipta akan lebih mengetahui akan hasil ciptaannya lebih-lebih lagi Allah Ta'ala. Allah Maha Mengetahui akan kelemahan dan kekurangan hambaNya demikian Dia telah menyediakan semua perkara yang mana boleh membantu kita mengatasi kelemahan tersebut. Dia telah menyediakan Taubat bagi hambaNya yang berdosa. Allah Ta'ala tidak menghadkan masa yang tertentu untuk kita bertaubat padaNya. Kita bebas bertaubat pada bila-bila masa sahaja tetapi sebaik-baiknya kita perlulah beradab apabila memohon keampuanan daripada Allah Ta'ala...(to be continued)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...