Khamis, 28 April 2011

‎5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya : 

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA 
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya. 

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA 
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan (dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram. 

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA 
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung (maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita. 

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR 
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27) 

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)





Selasa, 19 April 2011

PERNAHKAH ANDA MELIHAT WAJAH INI?

بسم الله الرحمن الرحيم




INTAN NAJIHAH BINTI JUNNY
14 Tahun

Hilang Sejak 14 April 2011

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini,

Sila hubungi

En. Junniy
019 367 9499 @ 017 310 9973





~ MOHON SEBARKAN ~


- perelih.blogspot

Siti Nurhaliza...Freemason..ada apa?

بسم الله الرحمن الرحيم

Unsur-unsur freemason muncul di dalam beberapa video klip artis Malaysia. Adakah ini kebetulan atau disengajakan? 

Pertama video Cinta ini oleh Siti Nurhaliza :

  
Di dalam video ini jelas elemen-elemen freemason muncul satu persatu dan mustahil untuk dikatakan ia berlaku secara kebetulan...

Kedua video Ada saja oleh Shila Hamzah :


Sebagaimana video cinta ini oleh Dato Siti video ini juga menampakkan unsur-unsur freemason seperti piramid, tuhan ra, simbol satu mata dan sebagainya..

Lagi video :




Yang menjadi persoalan di sini adalah siapakah dalang disebalik pembikinan video-video ini? Adakah ia sengaja dicipta untuk mengugat dan memperlekehkan sensitiviti umat Islam Malaysia yang sekarang fobia dengan Freemason. Harap ada penjelasan oleh pihak yang berkuasa.

Isnin, 18 April 2011

ulamak vs fulamak!

بسم الله الرحمن الرحيم


Persoalan adakah jilbab itu wajib atau tidak..Ikuti jawapan dan penerangan oleh seorang Ulamak Indonesia dalam mengulas pendapat seorang Fulamak (Ulamak Dunia)..


Ahad, 17 April 2011

Andai lelaki tahu

بسم الله الرحمن الرحيم



Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia
mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan
tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan
wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang
boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu
lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia
hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih
ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,
kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup
anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.






Sabtu, 16 April 2011

Pengebom berani mati..adakah satu jihad?(artikel drp Indo)

بسم الله الرحمن الرحيم
Aksi pengeboman yang terjadi akhir-akhir ini di berbagai belahan dunia terbagi menjadi dua. Pertama, aksi pengeboman yang terjadi di negara non muslim, seperti aksi pengeboman yang pernah terjadi di London dan Madrid. Dan kedua, aksi pengeboman  yang terjadi di negara muslim, seperti yang terjadi di Pakistan, Saudi Arabia, Mesir, Maroko, Indonesia dan lain sebagainya. Kedua jenis aksi pengeboman ini tidak diragukan keharamannya secara syarak dengan beberapa alasan.

1. Pelanggaran terhadap Nash Alqur'an dan Hadist Nabawiy

Bentuk pelanggaran ini dapat dilihat dari beberapa aspek. Pertama, aksi pengeboman itu mengakibatkan terbunuhnya kaum muslimin yang tidak bersalah. Padahal syari'at Islam sangat memuliakan jiwa seorang muslim dan mengancam dengan keras segala bentuk tindakan yang mengakibatkan kematiannya tanpa alasan yang benar. Allah berfirman,


"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya."(An-Nisa' : 93).

Imam Nasa'i meriwayatkan dan Abdullah bin Amr-radhiyallahu 'anhuma-bahwa Nabi saw. bersabda,

"Hilangnya dunia lebih ringan bagi Allah dibandingkan dengan terbunuhnya seorang muslim."

Orang-orang non muslim yang masuk ke wilayah kaum muslimin dengan cara yang sah secara hukum perundang-undangan dan syari'at Islam adalah orang yang mendapatkan jaminan keamanan (al-musta'man) sehingga harus dilindungi baik jiwa, harta maupun kehormatannya. Pemberian jaminan adalah salah satu bentuk akad atau perjanjian yang dibenarkan secara syarak.

2. Bertentangan dengan Tujuan Umum Syari'at (Maqashid Syari'ah)
Syari'at yang mulia menegaskan kewajiban untuk menjaga lima hal yang disepakati oleh semua agama, yaitu agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kelima hal ini dinamakan juga Lima Tujuan Umum Syari'at (Maqashid asy-Syariah al-Khamsah).

Dapat dipastikan bahwa aksi peledakan bom tersebut bertentangan dengan konsepMaqashid Syari'ah ini, terutama konsep perlindungan terhadap jiwa. Apabila orang yang terbunuh adalah pelaku aksi bom bunuh diri yang ingin membunuh dirinya sendiri dan orang lain secara zalim, maka dia masuk dalam sabda Rasulullah saw.,

"Barang siapa yang membunuh dirinya dengan suatu benda di dunia, maka dia akan diazab dengan benda itu di hari Kiamat."(HR. Abu Awanah dalam al-Mustakhraj dari hadis Tsabit bin Dhahhak r.a.).

Jika korban yang terbunuh adalah orang lain yang muslim, maka aksi peledakan bom itu termasuk pembunuhan sengaja yang merupakan dosa besar, tidak ada dosa yang lebih besar darinya setelah dosa kekafiran. Bahkan, para sahabat dan para ulama setelahnya berbeda pendapat mengenai diterimanya atau tidaknya taubat pelaku pembunuhan ini.

Jika korban yang terbunuh itu adalah non muslim, apabila pembunuhan itu terjadi di negeri kita maka korban itu termasuk orang yang mendapatkan jaminan keamanan. Jika pembunuhan tersebut terjadi di negara non muslim yang terbunuh, maka statusnya merupakan penduduk setempat yang dalam keadaan tidak siap siaga dan tidak bersalah. Dalam semua keadaan di atas, seluruh keselamatan jiwa manusia yang menjadi korban pengeboman itu dilindungi dan tidak boleh disakiti.

Aksi pengeboman ini pun bertentangan dengan konsep perlindungan terhadap harta. Karena sudah dipastikan bahwa aksi itu berdampak pada rusaknya harta benda, infrastruktur dan fasilitas umum dan barang pribadi milik orang lain. Oleh karena itu, aksi pengeboman selain merupakan pelanggaran terhadap larangan syari'at, juga merupakan pelanggaran terhadap hak-hak makhluk.

3. Menyebabkan Kerusakan (Nama Islam)
Dampak negatif lain dari tindakan keji dan menyimpang dari ajaran Islam ini adalah semakin genjarnya isu dan tuduhan tidak benar yang diarahkan para musuh Islam terhadap agama ini. Dengan isu itu mereka ingin merusak wajah Islam dengan menyebutnya sebagai agama kejam dan sadis yang hanya ingin menguasai seluruh bangsa di dunia dan menebar kerusakan di muka bumi. Semua efek negatif ini tentu saja bertentangan dengan nilai-nilai agama Allah.

Selain itu, aksi pengeboman itu juga menyebabkan kaum muslimin di beberapa negara asing mendapatkan gangguan, tekanan dan berbagai kesulitan dari pihak-pihak yang fanatik. Sehingga jiwa, harta benda, kehormatan dan keluarga mereka dilecehkan dan disakiti. Sehingga terkadang sebagian mereka terpaksa menyembunyikan identitas agamanya atau tidak melakukan beberapa ritual demi menghindari gangguan-gangguan itu.

Adapun apa yang dinyatakan oleh para pengacau yang tertipu itu bahwa semua aksi mereka masuk dalam jihad dan penghancuran kekuatan musuh, bahkan ada sebagian yang menamakannya sebagai tindakan menyerang musuh, maka hal itu adalah pemahaman yang keliru.

Jihad yang dilegalkan oleh Islam adalah jihad yang berada di bawah panji dan izin penguasa, karena jika tidak demikian maka akan terjadi kekacauan dan pertumpahan darah tanpa sebab yang benar dengan alasan pelaksanaan jihad.

Wallahu subhanau wata'ala a'lam

Referensi Dar-Alifta



sumber : 

Jumaat, 15 April 2011

Ghuraba' (terasing)

بسم الله الرحمن الرحيم



غرباء...غرباء....غرباء....غرباء
Si pengembara dagang


غرباء ولغير الله لا نحنى الجباه
Pengembara, kepada selain Allah tidak akan merendahkan dahi


غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Pengembara, kami rela ia (dagang) menjadi lambang kehidupan


أنت سل عنا فإنا لا نبالى بالطغاة
Anda tanyalah berkenaan kami sesungguhnya kami tidak peduli terhadap pelampau


نحن جند الله دوما دربنا درب الأباه
Kami adalah tentera Allah terus menerus, jalan kami adalah jalan orang yang enggan tunduk kepada kezaliman


غرباء...غرباء....غرباء....غرباء
Si pengembara dagang


لن نبالى بالقيود بل سنمضى للخلود
Kami tidak peduli dengan ugutan bahkan kami terus mara kealam abadi


فلنجاهد وتناضل و نقاتل من جديد
Lalu kami berjihad dan berperang semula



غرباء هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Beginilah anak dagang, mereka yang merdeka di dunia hamba


غرباء...غرباء....غرباء....غرباء
Si pengembara dagang



كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء
Berapa banyak kita teringatkan suatu zaman, di hari kita bahagia


بكتاب الله نتلوه صباحا ومساء
Dengan kitab Allah yang kita baca sewaktu pagi dan petang


غرباء...غرباء....غرباء....غرباء
Si pengembara dagang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...