Rabu, 23 Mac 2011

SPM :Sijil Padang Mahsyar

بسم الله الرحمن الرحيم

harini result spm keluar..asalnya nak tengok news ttg spm kat tv3 suku..alih-alih terasa mual pulak apabila dijolok dengan news2 fitnah dan berat sebelah..aduhai tv3 dah berapa tan dah dosa yang korang tanggung..tapi dalam mual2 tu sempat jugaklah tengok beberapa pelajar yang berjaya..sejuta tahniah diucapkan atas kejayaan kalian..

bagi yang berusaha bersungguh-sungguh tapi tidak berjaya..harap2 korang sabar banyak2..saya tak halang korang bersedih dan menangis..bersedihlah..menangislah sepuasnya-puasnya..tapi jangan ambil masa yang lama untuk menangisinya..bangkitlah segera..kerana kesedihan anda itu dikongsi bersama orang yang tersayang..ingatlah mereka...

oklah..saya nak cerita tentang spm yang satu lagi ni..yang belum tentu semua orang  akan dapat straight A kecuali golongan-golongan tertentu..bak kata ustaz akhil hayy..(masa dia belum femes cam skrg)..mak bapak harini lebih pentingkan sijil pelajaran malaysia sampai mereka lupa tentang spm yang satu lagi..iaitu sijil padang mahsyar..

apa yang perlu ada untuk lulus cemerlang dalam sijil padang mahsyar ini..sebenarnya tak jauh beza je dengan sijil pelajaran malaysia..kalau murid yang cemerlang spm mengatakan mereka sanggup berjaga malam untuk study..begitu jugaklah untuk berjaya dengan cemerlang dalam sijil padang mahsyar...tp kelebihannya siapa yang bangun malam kerana Allah akan tenang jiwanya berbanding dengan mereka yang bangun dan berniat semata-mata untuk dunia..

untuk lulus cemerlang dalam sijil padang mahsyar anda perlulah membawa bekalan amalan yang secukupnya..seolah-olah anda masuk di dalam peperiksaan yang mengerunkan dan mendebarkan hati..pada masa tu jugaklah anda akan sedar dan teringat apa yang telah anda lakukan untuk menempuh hari besar ini..sejahteralah kepada  mereka yang mempunyai bekalan amalan yang baik dan celakalah pada mereka yang mengingkari hari besar tersebut..

kita sudah melalui dua alam sebelum kita sampai ke dunia ini iaitu alam roh dan alam rahim..semasa berada di alam roh kita sudah menyatakan taat setia kita pada Allah swt..tetapi mana semua janji itu apabila sampai ke alam dunia..bersedialah dan bekerjalah untuk dua alam yang mendatang..jangan jadi insan yang merugi..wallahu'alam...:)

Video Keinsafan Kemusnahan alam semesta...


Asalnya mahu siapkan pasal freemason tetapi agak tetarik pula dengan video hebat ini..Ya Allah..saya tak boleh bayangkan bagaimana diri saya ketika itu..bagaimana kalau saya masih hidup semasa hari itu..Wahai manusia andainya kita benar-benar mengerti..kita akan banyak menangis daripada tertawa..

Freemason-Main Agenda

Main Agenda atau tujuan utama gerakan ini ialah untuk mendirikan Haikal Sulaiman atau lebih di kenali sebagai Solomon Temple. Memang sudah diketahui bahawa membangun Solomon Temple adalah cita-cita khayalan Yahudi sejak dahulu lagi.


Imej bayangan Solomon Temple
Terdapat beberapa pendapat yang bercanggah mengenai Solomon Temple dan pendapat yang paling popular adalah tapak Solomon Temple ialah tempat di mana Masjidil Aqsa berada sekarang.

Masjid Al-Aqsa, Palestin
Orang Yahudi percaya bahawa pada tahun 1012 Sebelum Masihi Nabi Sulaiman (A.S) telah membangunkan Haikal di atas gunung Soraya di Palestin. Namun pada tahun 586 Sebelum Masihi Raja dari Babylon yang bernama Nebukhadnezar telah menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Walaubagaimanapun pada tahun 533 Sebelum Masihi ia dibangunkan semula oleh seseorang yang bernama Zulbabil yang merupakan bekas tawanan Babylon.

Nebukhadnezar
Kemusnahan terhadap Haikal Sulaiman berlaku lagi oleh Rom dan Bangsa Hadriyan. Dan dikatakan juga apabila orang-orang Islam menguasai Palestin mereka bertindak meruntuhkan Haikal Sulaiman dan mendirikan Masjid Al-Aqsa sebagai ganti.

Isnin, 21 Mac 2011

Freemason-Definisi

Soalan    : Apa itu Freemason?

Jawapan : Freemason ialah satu organisasi Yahudi peringkat global dan merupakan gerakan rahsia Yahudi yang paling besar dan berpengaruh di seluruh dunia.

Perkataan Freemason terdiri daripada Dua kata iaitu :

Free : bermaksud MERDEKA

Mason : bermaksud PEMBANGUN

Apa yang ingin dimerdekakan?
Dan siapa pula pembangun itu?

bersambung... 

Freemason-Muqaddimah

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis mengenai topik ini. Hakikatnya saya sendiri bukanlah seorang yang begitu arif mengenai fahaman Freemason ini tetapi berbekalkan dengan niat ingin menambahkan ilmu di dada di samping ingin berkongsi informasi bersama-sama saudara seagama yang lain saya cuba mencari seberapa masa terluang untuk menulis dan memahami apa itu Freemason

Saya akan membahagikan topik ini kepada beberapa bahagian yang dimulai dengan DEFINISI FREEMASON. Tujuan saya berbuat begini ialah supaya kita semua  mudah untuk menerima input yang  ingin disampaikan kerana saya sendiri bukan seorang penggemar rencana dan artikel yang sarat. 


Antara lambang yang dikaitkan dengan fahaman Freemason

Saya harap kita akan memahami Freemason "step by step".InsyaAllah.Wallahu'alam.


Ahad, 20 Mac 2011

Bukti kenabian Rasulullah (s.a.w) menurut Salman al-Farisi

Buraidah (r.a) meriwayatkan bahawa : 

"Apabila Rasulullah (s.a.w) berhijrah ke Madinah, maka datanglah Salman al-Farisi (r.a) kepada Rasulullah (s.a.w) dengan membawa sedulang penuh tamar-tamar yang masih segar dan memberikannya kepada baginda. Baginda bertanya : "Apa ini?" Salman (r.a) menjawab: "Inilah sedekah untuk Tuan dan sahabat-sahabat Tuan". Baginda memberitahu: "Kami tidak memakan sedekah".

Pada hari kedua Salman (r.a) membawa lagi sedulang penuh tamar dan berkata " Tamar-tamar ini adalah hadiah". Maka barulah Rasulullah (s.a.w) makan beserta sahabat-sahabatnya. 

Kemudian Salman (r.a) terlihat cap mohor kenabian dan terus memeluk islam...ilaakhir..

Daripada hadith di atas dapat disimpulkan bahawa tanda-tanda kenabian Rasulullah (s.a.w) yang ditemui oleh Salman al-Farisi ada tiga :-

Pertama : Rasulullah (s.a.w) tidak menerima sedekah
Kedua   : Rasulullah (s.a.w) menerima hadiah
Ketiga   : Rasulullah(s.a.w) mempunyai cap mohor kenabian.

*Cap Mohor Kenabian (Khatamun Nubuwwah) yang ada pada Rasulullah (s.a.w) terletak di antara kedua bahu baginda berdasarkan hadith:

"Apabila Ali menceritakan mengenai diri Rasulullah (s.a.w), maka beliau akan menceritakannya dengan panjang lebar. Beliau berkata : " Di antara kedua bahunya terdapat cap mohor kenabian iaitu cap mohor sekalian nabi".




Isnin, 7 Mac 2011

Doa Pagi




باسمك اللهم ندعو

في غدو ورواح

لك منا كل حمد

في مساء وصباح

هب لنا منك رشدا

واهدنا سبل الصلاح

إن تقوى الله نور

وطريق للفلاح
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...