Isnin, 28 Februari 2011

Mengemis Kasih Ilahi

Semasa dalam perjalanan ke sekolah tadi saya terdengar sebuah lagu daripada radio. Irama lagu tersebut agak "familiar" dengan pendengaran saya cuma saya dapati sedikit perubahan yang dibuat daripada lagu yang asal. Setelah diamati baru saya perasan yang Datuk Sharifah Aini telah menyanyikan balik lagu kumpulan nasyid The Zikr yang bertajuk Mengemis Kasih. Boleh tahan juga nyanyian Tok Pah kita ni tapi saya lebih "prefer" nyanyian kumpulan asal.


MENGEMIS KASIH

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu





Ahad, 27 Februari 2011

Ada apa dengan Bob Lokman?

Umum mengenali insan yang bernama Bob Lokman ini sebagai seorang pelawak dan pelakon yang hebat. Namanya juga meniti di bibir ramai sebagai pencipta lagu popular sepanjang zaman iaitu Isabella (nyanyian kumpulan Search). Bob juga baru sahaja melepaskan tugasnya sebagai pengkritik rancangan hiburan Raja Lawak. Cara beliau melepaskan tugas tersebut telah mengundang kejutan apabila mengumumkan penarikannya secara 'live' sehingga menyebabkan pengacara rancangan tersebut terpingga-pingga.Dengan memakai serban dan jubah dan bersaksikan jutaan peminat Raja Lawak Bob Lokman sah meletak jawatan yang dipegangnya selama beberapa musim.



Tidak cukup dengan itu beliau sekali lagi menghangatkan dada-dada akhbar tempatan dengan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Tindakan tersebut telah mengundang buah mulut masyarakat Malaysia khususnya daripada pemerhati politik. Orang ramai telah meluahkan pandangan mereka mengenai perubahan Bob ini di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Ada yang menyambut baik "penghijrahan" beliau ini dan tidak kurang juga yang mencemuh.




Saya melihat perubahan beliau dari sudut positif dan saya mendoakan agar beliau kekal dengan imej yang sebegini. Saya juga mengajak mereka-mereka yang melemparkan kata nista kepada beliau agar banyak beristighfar dan menginsafi akan perbuatan mereka.

Isnin, 21 Februari 2011

Bersediakah anda untuk menghadapi fitnah al-Masikh Dajjal?

Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajjal."

Dalam riwayat lain disebutkan: "Dari akhir surat al-Kahfi."

(Riwayat Muslim)



 

Ahad, 13 Februari 2011

Maulid Rasul vs Valentine Day Peringatan bagi si Muslim


Perhatian :

Penulisan ini ditujukan khas kepada sesiapa yang bernama Timah, Esah, Kiah,  Jusuf, Mamat, Dollah dan seangkatan dengannya. Nama-nama seperti John, Mark, Ashley, Samantha, Alex dan segerombolan dengannya tidak perlu bimbang kerana penulisan ini tidak ditujukan pada anda semua tetapi saya juga tidak membantah kalau anda ingin membaca dan mengomen tentang penulisan ini.


Cinta antara dua kekasih

Valentine’s Day atau Hari kekasih muncul lagi dan setiap kali menjelangnya 14 Februari akan timbullah banyak pedebatan antara yang alim dan yang jahil (jahil dalam beragama) .Tanggal ini jugalah yang menyebabkan segelintir daripada anda (muslim yang jahil) pening kepala memikirkan apa yang bakal di hadiahkan kepada orang-orang yang disayangi.

Apabila disebut perkataan kekasih, selalunya kita akan membayangkan satu pasangan yang yang romantis dan saling berpegangan tangan atau mungkin pasangan yang berkejaran di pantai (zaman Tok Pah dengan Broery). Tapi berapa ramaikah di kalangan anda-anda semua yang boleh mengaitkan perkataan kekasih itu dengan Allah dan RasulNya?


Tahun ini juga berkebetulan( dengan izin Allah) kita akan menyambut hari kebesaran Umat Islam iaitu Hari ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad (S.A.W) sehari selepas Valentine’s Day. Siapakah Muhammad (S.A.W) itu di hati kita?

Nabi Muhammad (S.A.W) ialah kekasih Allah Taala yang diturunkan untuk  membimbing manusia ke arah mentauhidkan Allah. Bisikan pertama yang dibisikkan kepada kita sejurus kita lahir ialah bisikan tauhid dan cinta kepada Allah dan Rasul tetapi apabila kita sudah dewasa (dan sempurna akal) perkara sebaliknya terjadi. Kita lebih mengagungkan cara hidup yang lain berbanding cara hidup agama sendiri.

Valentine dan Kita (Muslim)

Di sini tak payahlah saya menyebut dan bercerita  tentang sejarah bagaimana Valentine’s Day tercipta. Saya pasti kebanyakkan antara kita sudah mengetahui sejarahnya. Kalau anda tidak tahu “google” saja di internet dan pasti anda akan menemukan berjuta-juta lemon mengenainya. Bukan saya tidak mahu bercerita cuma saya takut maklumat yang diberikan tidak tepat. Biarlah si arif saja yang bercerita dan saya yang “kecil” ini diam-diam sahaja. Wallahu’alam.

Baiklah, mari kita sebut perkataan Valentine.  Menyebut perkataan ini sahaja pun sudah menyebabkan bibir saya terjuih-juih untuk mendapatkan “pronounciation” yang betul. Ini belum lagi di “test” kepada pakcik makcik daripada Kelantan dan Utara. Kalau di “test” pada mereka agak-agak apalah bunyinya. Bukti ini sahaja sudah cukup menampakkan betapa jauhnya Valentine’s Day dengan kita. Bukanlah tujuan saya meremehkan pakcik dan makcik di kampung tetapi di sini saya ingin menyatakan betapa tidak cocoknya Valetine’s Day dengan budaya masyarakat kita.

Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda : Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). (Riwayat Imam Tirmizi daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya).

Bahkan sabda Rasulullah (S.A.W) lagi maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a).

Dua hadith di atas sudah cukup membuktikan bahawa Islam tidak membenarkan umatnya mengikut cara hidup penganut agama lain. Cara hidup Umat Islam yang bersumberkan wahyu daripada Allah sudah cukup syumul dan hanya tinggal untuk dipraktikkan sahaja. Apakah kita merasa tidak cukup lagi dengan cara hidup islam yang sempurna ini sehingga (pandai-pandai) ingin menokok tambah dengan cara hidup yang bukan islami.

Kesimpulannya, saya mengajak diri saya dan anda-anda semua supaya lebih menghargai Islam the way of life dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah.


Wallahu’alam… yang baik itu daripada Allah..:)






Resepi Ketam Masak Lemak

Hari ni saya dan housemate nak masak ketam masak lemak. Harga ketam kat pasar tamu (Kota Marudu,Sabah) tadi RM6.00 sekilo je...tak semahal harga di semenanjung. Aha..jangan jeles tau..:) Okey kalau nak try masak jugak cubalah resepi di bawah.




Bahan-Bahan:
½ kg ketam

½ biji kelapa

15 biji cili api atau cili kering

2.5 sm kunyit hidup

1 batang serai (dititik)

5 ulas bawang merah

Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Ketam dibersihkan dan dipotong dua. Kelapa diperah ambil santannya. Cili api, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat. Setelah itu masukkan santan dan serai ke dalam periuk. Jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau perlahan-lahan sampai mendidih. Bila telah mendidih masukkan pula ketam sambil dimasak lagi. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Bila ketam telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba..ooppss saya pun belum start masak lagi ni..

Sabtu, 12 Februari 2011

Thank You Allah by Maher Zain

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


cr : Awakening Records

Sayonara Mubarak!


Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi warga Mesir keseluruhanya dan  bagi penentang-penentang diktator Hosni Mubarak khasnya. Apa tidaknya setelah hampir tiga minggu kebangkitan warga Mesir ke atas rejim Mubarak dan setelah mendapat banyak kritikkan daripada masyarakat dunia akhirnya Hosni si keparat mengumumkan perletakkan jawatan dengan penuh susah payah.

Sebagai seorang pemerhati dan merangkap saudara seagama Islam dengan warga Mesir saya berasa lega bercampur bimbang. Lega sebab satu permasalahan sudah berakhir bimbang kerana bukan mudah untuk mengisi kemenangan ini. Kemenangan ini merupakan ujian daripada Allah dan saya menjangkakan akan timbul permasalahan-permasalahan lain di hari-hari mendatang. Kita mesti ingat saki baki pengagung Mubarak masih lagi bersisa di Mesir dan saya amat takut manusia-manusia ini bakal menjadi barah dan nanah yang menyakitkan kepada Mesir.

Apa-apapun saya akan terus mendoakan kesejahteraan Mesir dan anak-anaknya. Melihat  perkembangan terbaru ini saya merasakan  janji Allah semakin hari semakin dekat. Wallahualam.

Khamis, 10 Februari 2011

Insan


Lupa? Anda pernah lupa? Apa yang menyebabkan anda lupa? Kadang-kadang kita lupa apa yang ingin dibuat walaupun kita sudah merancang. Apabila sudah lupa perkara yang dihajati hilang begitu sahaja.

Hari ini saya lupa lagi. Saya merancang ingin mengambil kasut saya di rumah teman yang jauhnya 3 jam daripada tempat saya. 

Saya benar-benar berhajat untuk mendapatkan kasut itu untuk digunakan semasa bekerja dan tidak payahlah saya membeli kasut yang baru. Tapi malangnya saya hanya ingat apabila sampai di rumah. 

Rasa sakit hati dan nak marah menjelma tetapi saya nak sakit hati kepada siapa dan siapakah yang perlu saya marahi?Oh,geramnya kenapa saya lupa?. Lupa itu lupa ini.

Saya manusia anda juga manusia dan kita dilahirkan penuh dengan sifat lupa. Manusia atau dalam bahasa Arabnya Insan bermaksud 'yang lupa'. Perkataan insan diambil daripada kata dasar "Nasiya" yang bermaksud lupa. 

Jadi saya nasihatkan kepada diri saya sendiri tidak salah lupa sekali sekala kerana kita bukan sempurna asalkan jangan saya lupa pada pencipta.






Syukur

Setelah beberapa hari mencipta blog ini saya menjadi buntu tentang apa yang yang ingin dipadatkan. Saya pernah terfikir baik saya 'copy' and 'paste' sahaja daripada orang lain. Tapi bila difikirkan balik itu adalah alamat orang yang malas dan tidak ada kreativiti. 

Saya akui saya bukanlah manusia yang mempunyai kreativiti yang tinggi seperti sesetengah manusia lain. Saya hanyalah manusia biasa yang dianugerahkan Allah kepandaian membaca ,menulis dan menaip. Namun saya tetap bersyukur akan kurniaan Allah ini seperti mana firman Allah yang bermaksud "bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu kufur".

Sesiapa pun tidak akan tahu nasib dan taqdir yang bakal berlaku kepada dirinya melainkan Allah Ta'ala. InsyaAllah kalau kita bersyukur nikmat yang sedia ada akan dilipatgandakan oleh Allah S.W.T. Begitu juga halnya dengan rezeki dan harta yang sedikit. Tapi sebagai orang Islam kita juga dituntut agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.


Isnin, 7 Februari 2011

Jadual Bayaran Gaji Bagi Kakitangan Awan Tahun 2011

Mesir oh Mesir

Mesir atau Egypt ialah nama negara yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia secara amnya dan sebagai seorang Muslim khasnya. Bumi bertuah ini telah diberi rahmat oleh Allah S.W.T sejak beribu tahun lagi dengan pengutusan beberapa orang Rasul seperti Musa,Harun dan Yusuf('alaihimussalam).Tidak cukup dengan itu negara para anbiya' ini telah melahirkan ulamak yang thiqaf lagi 'arif.Namun apa silapnya sejak akhir-akhir ini Mesir diuji dengan Allah dengan kelahiran pemimpin-pemimpin yang tidak adil lagi zalim.

Ahad, 6 Februari 2011

AlhamduliLLAH

Syukur pada Allah Tuhan sekalian alam. Hari ni saya sudah mencipta satu blog..sudah sekian lama saya bercita-cita ingin mempunyai blog sendiri dan akhirnya Allah memberi keizinannya jua.. InsyaAllah isi kandungannya akan memberi manfaat kepada semua..Wallahu'alam..:)


cr : Maher Zain
Awakening Records
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...